Good day!
This is my first post so let's make it informative. Since many have been asking me to create a pictorial tutorial, here's one. I am going to do it in BM so that even minor details will not be left out.
Macam mana nak embed/benamkan power point slides dekat VLE site saya? tak perlu lah saya letak satu-satu image silde tu dalam slide. Dahla besar gedabak, takkan bebudak nak kena scroll sampai bawah kan? kan? kan?
Ha, hr ni Mrs Nani nak ajar cara-caranya. Sebenarnya, mudah dan simple sangat kalau kita ikut step-by-step. Tapi keyword dia yang sebenar kat sini ialah, praktis. amalkan selalu, Lama-lama kita dah jadi biasa dengan steps dia. Ok cikgu2? jum kita mula.
1. Cari power point slides
Ada banyak cara nak sediakan satu power point presentation yang best.
a) buat sendiri
b) download dari www.slideshare.net
c) mintak dari kawan-kawan (takkan la diorang kedekut kan, kalau segan, belanja minum okay)
kebanyakan PP Mrs banyak dari slideshare. kudos kat cikgu-cikgu yang share dalam tu. korang memang jutawan akhirat. Tapi kena sign up slidehare ni. Ape susah, sign up je la kan hehe.
2. Masuk ke google drive
Ape natang google drive tu Mrs Nani? hakhakhak. Ok aku tak blame korang. Malu bertanya sesat jalan kan cecikgus?
Mari Mrs tunjuk skit macam mana nak masuk aplikasi google drive ni.
a) masuk frog vle dashboard or tempat notification (jgn tanya mrs id korang, i mmg taktau hehe)
b) nampak tak mrs bulatkan no 1 dan no 2 dengan warna merah? no 1 tu nama dia quick launch. no 2 tu ialah google drive korang. klik yang tu ye
ok dah masuk? syabasssss! Google drive frog korang ni unlimited size ok. so fail apa yang korang ada, kalau rasa pc or laptop dah berat, korang upload je masuk situ. YES bagi kita unlimited. takdelah hilang doc korang. Atau lagi 'best' kena virus bila cucuk2 pendrive. FYI ini dinamakan cloud documents. Kiranya data korang kat atas awan2 internet lah gittewwww. hahahaha
3. Upload PP kat google Drive
ok dah masuk drive. korang pergi dekat icon new warna merah. pastu boleh la klik upload file atau upload folder. Kalau korang punya dalam folder lah kan.. macam yang mrs letak anak panah merah ni ye
ok dah masuk dah file korang? yey... dance sikittttt :P
4. Open PP korang as 'Google Slide'
okay dah sampai bab teknikal yang tricky sikit. tapi jangan risau ye. Mrs Nani ada! hehe. ok so korang kena right click kat PP korang yang ikon dia 'P' huruf besar. then 'open with' lepas tu pilih 'google slide'. So ikut turutan macam anak panah merah dalam gambar bawah ni ye..
so korang nampak tak slide tu akan bertukar ikon dia jadi kuning petak. ha, tulah google slide yang korang akan embed kat site nanti. so maknanya akan ada dua file tp slide yang sama. Satu dalam for mat 'P' iaitu power point ori, satu lagu yang petak kuning iaitu google slide. Don't worry, isi sama je. yang beza ialah format dia je. ok next!
5. Double Klik yang google slide tu. yang petak kuning ye, Jangan klik yang 'P' punya format tau!
6. Tukar privacy setting 'Share'
ok yang ni penting. Sebab korang punya drive ni private kan. Macam mana students nak tgk PP korang kalau setting dia private kan? haaaaa. kene bijok ye cecikgu! ok lepas korang dah double klik google slide, korang akan dapat interface ala2 power point biasa, cuma dia versi google slide la.
a) Tekan je ikon share warna biru kat belah kanan page tu
b) lepas tu klik 'advanced' kat bawah dialogue box
c) tukar setting ke 'anyone with the link'
Okay. still with me? korang tekan butang save tau.. jangan lupa..
7. Ok, masa untuk copy link!
ok now dah tekan save. akan keluar last dialog box macam kat bwh ni. right click and copy link dia ye!
8. Ok last! Embed kat VLE site
Ok yang ni tricky so korang kena baca betul2. Link yang korang copy tadi kena edit sikit. so korang paste ke word or notepad. contohnya mcm ni
https://docs.google.com/presentation/d/1y4ZrsLsBrUhxR4gmlEaBnDRua5aY7IHQubhi6A_nfLs/edit?usp=sharing
yang atas ni original link. Jadi sekarang Mrs nak korang padam 'edit?usp=sharing'
so dia akan jadi,
https://docs.google.com/presentation/d/1y4ZrsLsBrUhxR4gmlEaBnDRua5aY7IHQubhi6A_nfLs/
pastu tambah perkataan 'embed'
so dia jadi
https://docs.google.com/presentation/d/1y4ZrsLsBrUhxR4gmlEaBnDRua5aY7IHQubhi6A_nfLs/embed
ok done!
so copy link yang dah diedit ni
masukkan dalam VLE korang. widget mana nak pakai ek?
ok amik widget 'embed website' then paste website korang and save changes. pastu tekan x dan tengok hasil diaaaa
jangan lupa tukar height dari 300 ke 500. 300 tu kecil sangat jadinya
haaaaaa. dah boleh tak? heeehehehe. seronok kan. ni lah hasil akhirnya. slide ni cecikgu boleh tekan butang next next next. tak perlu ditempek satu persatu gambarnya hehe.
Alhamdulillah dah siap. Diharapkan tutorial ni membantu cecikgus ye.
Cikgu2, saya dah update cara nak embedkan BUKU dalam site VLE Frog anda. Nak belajar sila klik link ni ye ----> EMBED BUKU DALAM VLE FROG SITE
nota kaki - kalau nak video tutorial boleh la ke youtube. boleh cari GM1M punya acc atau cari Pn Nomie yang awesome tu. Good Luck Semua :)
have a nice day
No comments:
Post a Comment