Saturday, November 28, 2015

Site VLE Frog yang lengkap atau hampir sempurna (berdasarkan latihan dari beberapa jurulatih)

Good Day Everyone!

Apa khabar semua? Macam mana dengan cuti ni? Dah ronda-ronda ke? Mrs tak sempat nak ronda lagi sebab nak siapkan writing yang membukit and writing needs time, you have to have the right place and ambiance. hahaha. mengada kan?

Anyway, hari ni nak share sikit tentang pembinaan site yang lengkap dan boleh dikatakan sempurna serta memenuhi kriteria yang disenaraikan oleh jurulatih FrogAsia. Kiranya nanti site cikgu-cikgu ni sedap mata memandang, interaktif, menarik dan boleh digunakan oleh cikgu-cikgu lain semasa ketiadaan cikgu tanpa perlu banyak tanya.

Okay, jurulatih Mrs ni takde la ramai mana tapi mereka pakar dan kebanyakan mereka akan ajar benda yang sama, so Mrs simpulkan memang itulah kriteria site yang terbaik! Mrs pernah diajar oleh jurulatih frogasia dan juga guru bestari sekolah Mrs sendiri. Lepas tu ada kongsi sikit-sikit dengan cikgu-cikgu lain dan yang lain tu Mrs explore sendiri. Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu atau jurulatih yang upload video ke youtube, semua tu sangat berguna. Sebenarnya kita perlukan masa untuk belajar, tengok youtube dsbgainya. Tapi Inshaallah kalau niat baik nak belajar Allah mesti tunjuk jalan.

Ok enough of membebel, jum kita tengok kriteria site yang lengkap.

1. Tab yang pertama - Hasil pembelajaran (Learning Outcomes) dan objektif


Untuk tab pertama ni, cikgu perlu nyatakan hasil pembelajaran yang boleh di ambil dari huraian sukatan mp dan juga objektif pnp. Kalau nak guna site ni lebih dari sehari letaklah lebih objektif tu. Ruangan ni cikgu boleh guna widget TEXT atau NOTES. Ikut suka hati cikgu. Cikgu2 jangan lupa besarkan font ya..supaya jelas dan kemas

2. Tab kedua - Pengenalan (introduction)


Baik, untuk tab kedua ni cikgu namakan dia pengenalan/introduction. Dalam tab ni biasanya ada definisi, konsep, ciri-ciri, apa dia yang cikgu nak ajar, kiranya gist dan pengenalan lah bak katanya. Tapi, cikgu jangan tempek gambar atau video macam tu je. Perlulah ada sedikit sudut interaktif untuk pelajar contribute, Haaa, nak guna widget ape ye? Ok ce tengok kat bawah ni


Cikgu gunakanlah widget WALL. Dalam widget ni pelajar boleh tulis dan pelajar lain boleh baca apa yang mereka tulis. Macam wall di FB kan.. ha gitulah fungsinya. TAPI CIKGU JANGAN LUPA TULIS ARAHAN pada wall tersebut. Kalau tidak. pelajar2 ni akan sembang merapu dan buat macam wall sendiri pulak. Student saya pernah mintak nak ke toilet, dan dia tulis dalam wall ni. cerdik sangat diorang ni.

3. Tab ketiga - Resource/Bahan/Sumber


Okay kan Mrs dah ajar macam mana nak embed buku dan PDF? kat sini cikgu boleh letakkan bahan-bahan dari mana nak dapatkan nota atau info tentang topik ni. Cikgu boleh letak embed website yang menarik atau cikgu boleh letak link ke bahan2 rujukan. Tapi saya suggest paling senang cikgu letak lah buku. JANGAN LUPA LETAK ARAHAN. Macam yang saya buat kat atas ni, arahan saya highlight biru, Sebab buku ni banyak bab dan topik. So saya spesifikkan siap2 mukasurat mana dan saya suruh buat apa. So pelajar boleh browse sendiri tanpa tunggu arahan verbal dari saya. Macam mana nak buat arahan? Guna je Widget TEXT lepas tu cikgu jangan lupa BESARKAN FONT ye.


Okay cikgu-cikgu nampak tak widget yang saya guna selepa saya embed buku ni? Ni nama dia widget 'Random Name'. Widget ni menarik sebab cikgu-cikgu boleh masukkan nama kelas kat 'enter group here' dan cikgu boleh tekan kat gambar orang tu. Cikgu tanyakan soalan, tekan widget ni dan dia akan shuffle nama pelajar satu persatu dan berhenti secara random pada nama salah satu pelajar. Adil la untuk students kan? :)

4. Tab keempat - Nota/notes


Ha kat tab ni cikgu bolehlah gunakan nota cikgu-cikgu dalam bentuk power point, image pdf dan sebagainya. Cikgu boleh la mengajar dan buat pengukuhan sikit kat sini tentang topik cikgu. TAPI INGAT!!! SETIAP POWER POINT, IMAGE, PDF atau apa sahaja yang di embedkan PERLU ADA ARAHAN YANG JELAS YE CIKGU.

5. Tab Terakhir - Penilaian/Quiz/ Assessment



Okay. Tab last ni semestinya untuk bahagian penilaian untuk test kefahaman pelajar bagi topik ni. Ingat ye, topik ni adalah subtopik. Cikgu jangan letak topik atau satu bab terus dalam ni. Naya budak-budak. hehe. Berpeluh diorang nak belajar nanti. Ok penilaian cikgu boleh guna TEXT ASSESSMENT atau QUIZ. English selalunya TEXT tapi itu semua bergantung kepada cikgu-cikgu.
PERLU DIINGATKAN, untuk mendapat hasil log in maximum, site cikgu perlu ada ASSESMENT yang INTERAKTIF. Kalau cikgu sekadar paparkan dan suruh pelajar salin dan jawab, ITU BUKAN INTERAKTIF. Untuk jadikan sesuatu assessment tu interaktif pelajar perlu jawab dalam site dan cikgu akan marking/lihat jawapan pelajar yang dihantar kat notification.

Jangan lupa share dan assign kerja ni kepada pelajar ye cikgu.. Setkan datleline dia ikut kepada pendapat cikgu, Saya selalunya beri seminggu kalau writing topics.

Okay cikgu-cikgu, Saya rasa itu sahaja lah yang boleh saya kongsikan kali ni. Diharap cikgu-cikgu dapat lah menghasilkan site-site yang memenuhi kriteria yang baik. Tapi ini hanya panduan hasil dari perkongsian ilmu pelbagai pihak. Jikalau cikgu-cikgu ada pendapat lain atau cara lain cikgu-cikgu boleh la teruskan dengan yang cikgu ada tu ye. Kalau ada penambahbaikan silalah komen, nanti saya akan update dengan cikgu-cikgu.

GOOD LUCK semua

Jumpa lagi next entry

4 comments:

  1. Untuk vlefrog, boleh tak kita upah someone untuk build site kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Maya.. Tidak salah untuk upah, malah saya pernah diupah oleh bff sy tapi sy buat free sbab bff kann.. Tp tak tahulah kalau ia menyalahi undang2.. Tapi bagi saya boleh je.. Sbb kdg2 cikgu2 sibuk dan tak berapa mahir kann..

      Delete